Khamis, 16 Januari 2020

PERCUTIAN KELUARGA KE KOREA BERSAMA ANAK KECIL (2 KANAK-KANAK, 1 BAYI)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Rasanya blog ni dah lama bersawang sejak wujud.. Nak taip artikel memang hampeh memandangkan saya bukan lah kaki blogger sejati..

Cuma kali ni terpanggil nak tulis sesuatu yang saya suka iaitu tentang TRAVEL / PERCUTIAN!!

Ok, bab luahan tu nanti saya akan tulis di post lain, yang ni saya nak tulis tentang Travel to Korea..

Mesti ramai di sini yang telah atau pun selalu ke korea (selatan) dan mungkin perkongsian saya agak tak berapa menarik, tapi mana tahu ada apa-apa yang boleh dijadikan panduan dan rujukan, silalah gunakan dan jadikan panduan sebaiknya.

Okey, kami sekeluarga terdiri daripada 5 orang, saya, suami, seorang anak 7 tahun, seorang 3 tahun dan seorang bayi berusia 10 bulan.

Tarikh perjalanan kami adalah dari 26 Oktober 2019 hingga 2 November 2019 iaitu pada musim luruh (Autumn In My Heart) uollss.. Untuk lebih tepat lagi time peak Autumn (di Seoul) cover dari Seoul dan naik TRAIN TO BUSAN..

Perancangan ke korea ini adalah tanpa dirancang.. Ianya terjadi sebab saya sebagai seorang isteri berKEHENDAKkan satu percutian memandangkan sang suami akan ke UK pada september - oktober 2019.. (Kiranya iolls jeles suami ke UK tak bawa bini sebab tak cukup bajet)..

Maka, terjadilah perancangan ke Korea tanpa sengaja bersama dengan sebuah keluarga kawan saya yang seorang lagi dengan suami dan anak-anaknya..


Kami sekeluarga bersama Jue dan  keluarganya di depan Immigresen Nami Island.


Jadi, lepas ni, akan saya sharekan 10 Tips untuk Ibu Bapa Travel bersama Anak Kecil..