Selasa, 6 September 2022

10 Tips untuk Ibu Bapa Travel bersama Anak Kecil..

10 Tips untuk Ibu Bapa Travel bersama Anak Kecil..
Alhamdullillah..selesai trip korea Autumn di Hati pada 26/10 hingga 2 Nov 2019 (8 hari) di bumi Seoul dan Busan saya dan keluarga= 2 dewasa 2 kanak-kanak (7 tahun, 3 tahun) dan 1 infant (10 bulan) (5 orang) menaiki Vietnam Airlines..(Bersama-sama kami juga ada rakan 1 family 2 dewasa 2 kanak2 yang join bersama2 ketika di Seoul).
Saya nak share sikit-sikit tips untuk yang pergi bersama anak-anak kecil yang mana mungkin bermanfaat utk ibu bapa yang nak travel di Korea..tapi tips ni terpakai untuk musim Autumn sahaja lebih tepat, dan mungkin juga musim-musim lain yang terpakai..
1. Stroller - khas untuk bayi, namun kadang-kadang abang bayi pon naik stroller juga sebab bila die mengantuk & ibu ayahnya nak jalan lagi, memang tak larat la kami nak mendokong..
2. Baby carrier -yang ni memang khas untuk bayi je ye..bila nak guna?bila agak-agak abang bayi tak larat jalan dan nak duduk dalam stroller or bila barang shoping ibu die banyak dan letak dalam stroller..🤣🤣🤣 maka, si adik kena gendong je la..Pastikan anak-anak anda dah biasa kena gendong agar mereka tak meragam sebab tak selesa..
3. Kipas elektrik kecil - Ha...yang ni memang kami tak sangka sangat akan guna..ingat musim autumn sejuk xperlu ada kipas, tapi sangat berguna bila mana :
(a) naik bas return Nami..sebab rupanya diorg tak buka aircond dalam bas weh..macam nak pengsan kitorg kepanasan + jadi pening and rasa nak muntah..dah la pakai baju OOTD time tu dengan baju long neck and jaket..pengsan rasa..
(b) Train Mughunghwa dari Seoul ke Busan..Ni pon tak buka aircond..dah la pasang heater kat tepi kaki tu..macam tak nafas juga ler..Baby time ni memang dah meragam abis nangis-nangis dalam train, tiba-tiba terfikir ntah-ntah die panas,bila buka je kipas, terus bertenang..TQ kipas!!!
4. Penutup stroller - Ok, yg ni boleh cover baby dari angin sejuk @hujan..beli kat shopee je..memang murah..
5. Plastik & Vakum - ok..yang ni pon memang sangat x1000 membantu di kala beg gemuks sebab baju besar tapi sebenarnya banyak makan ruang sebab angin..so, kita masukkan dalam plastik vacum dan pam tangan pakai alat die..memang jimat ruang..
6. Pakai portable wifi - Yang ni pon memang berbaloi sebab kami ambil RoamingMan..murah, line memang kuat, tak perlu pening kepala sim card boleh guna kat HP ke tidak..Lepas tu Roamingman tak perlu letak deposit dan selalu ada promo kod..sila guna link ni ye utk dapat promo kod:
7. Klook - yang ni kami guna untuk beli tiket ke Nami dan juga Seoul Land..memang berbaloi dapat diskaun kaw-kaw..Boleh guna kod ni ( 38GVN ) untuk daftar dan boleh dapat diskaun ye..
8. Pampers - Baby saya pakai saiz M, so utk 8 Hari ni kami bawa 1 beg pampers 64pcs, dan 1 beg pampers 36pcs saiz XXL untuk si abang (3tahun) sebab risau terkucil..kami keluarkan dan masuk dalam beg vacum n pam kasi kecik..memang muat n jimat ruang sumbat dalam beg 20" sebelah beg je..siap ada ruang extra..
9. Makanan - kami memang bawa siap2 pess macam-macam sebab dah rancang nak masak kat sana..dan untuk Anak-anak kami bawakan Macaroni yang macam-macam bentuk dari prego dan sos pregi macam-macam sebab anak saya suka makan macaroni tu..Dan tips untuk backup, time kami kat Busan nak cari makanan halal susah time tengah ikut Tour Jumbo Bus, kami beli siap-siap pisang, nasi segera, jagung rebus, telur rebus dan Banana Uyu yang boleh dibeli di GS25 diorg sebagai bekal sewaktu Tour..memang sangat membantu dari anak-anak termasuk ibu ayah lapar..balik hotel kita masak telur rebus masak lemak/masak merah..hahaha
10. Periuk travel - Ok, kami guna periuk ni untuk masak-masak kat sana..memang berbaloi..boleh beli di shopee...siapa belum ada akaun shopee nanti masukkan kod ni ye ( FIZIH227 )..
Rasanya, ini dulu tips yang saya rasa sesuai untuk share..untuk itinerary, saya share di post lain ye..
Enjoy holiday di Korea!!!
Okey, dah rindu korea..😭😭😭
Mohon share jika bermanfaat..

Khamis, 16 Januari 2020

PERCUTIAN KELUARGA KE KOREA BERSAMA ANAK KECIL (2 KANAK-KANAK, 1 BAYI)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Rasanya blog ni dah lama bersawang sejak wujud.. Nak taip artikel memang hampeh memandangkan saya bukan lah kaki blogger sejati..

Cuma kali ni terpanggil nak tulis sesuatu yang saya suka iaitu tentang TRAVEL / PERCUTIAN!!

Ok, bab luahan tu nanti saya akan tulis di post lain, yang ni saya nak tulis tentang Travel to Korea..

Mesti ramai di sini yang telah atau pun selalu ke korea (selatan) dan mungkin perkongsian saya agak tak berapa menarik, tapi mana tahu ada apa-apa yang boleh dijadikan panduan dan rujukan, silalah gunakan dan jadikan panduan sebaiknya.

Okey, kami sekeluarga terdiri daripada 5 orang, saya, suami, seorang anak 7 tahun, seorang 3 tahun dan seorang bayi berusia 10 bulan.

Tarikh perjalanan kami adalah dari 26 Oktober 2019 hingga 2 November 2019 iaitu pada musim luruh (Autumn In My Heart) uollss.. Untuk lebih tepat lagi time peak Autumn (di Seoul) cover dari Seoul dan naik TRAIN TO BUSAN..

Perancangan ke korea ini adalah tanpa dirancang.. Ianya terjadi sebab saya sebagai seorang isteri berKEHENDAKkan satu percutian memandangkan sang suami akan ke UK pada september - oktober 2019.. (Kiranya iolls jeles suami ke UK tak bawa bini sebab tak cukup bajet)..

Maka, terjadilah perancangan ke Korea tanpa sengaja bersama dengan sebuah keluarga kawan saya yang seorang lagi dengan suami dan anak-anaknya..


Kami sekeluarga bersama Jue dan  keluarganya di depan Immigresen Nami Island.


Jadi, lepas ni, akan saya sharekan 10 Tips untuk Ibu Bapa Travel bersama Anak Kecil..